Assalamualaikum kepada rakan-rakan pembaca semua…
Adakah anda stress? Stress memang sentiasa berlaku dalam hidup kita. Cuma sejauh mana kita mengawal stress itu yang akan memberikan kita kekuatan
dalam menghadapi hidup.Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan tentang stress melalui kursus yang pernah dihadiri pada beberapta tahun yang lalu.
Satu kenyataan yang mungkin amat mengejutkan.. Bayangkan bahawa terdapat risiko yang besar bagi kita untuk mengalami ketidakstabilan mental.. Ianya patut diambil berat bagi mengelakkan masalah mental menyebabkan produktiviti menurun dan mampu memberi impak yang besar kepada pembangunan negara.. Chewah cam wakil rakyat le pulak…
Memang banyak perkara berkaitan dengan stress yang dibincangkan dalam kursus tersebut tetapi untuk entri kali ini saya cuma akan berkongsi tentang punca-punca yang sering menyebabkan stress.. Antara punca-puncanya ialah :-
i ) Sifat Semulajadi
ii) Tempat kerja
iii) Hubungan Kemanusiaan
iv) Punca Dalaman
Kalau diperhatikan tentang punca-punca berlakunya stress memang banyak perkara yang berkait rapat.. Saya sendiri bersetuju dengan punca-punca tersebut kerana ada beberapa punca yang dinyatakan wujud dalam diri..
Punca Stress : Tekanan yang sentiasa membelengu kita
Sebagai mukadimahnya, satu kenyataan yang diberikan oleh seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang psikiatri.
( Prof Azhar Md Zain, Malaysian Psychioatric Association)
* Terlalu sensitif –> mereka yang terlalu sensitif akan mudah terasa kepada sesuatu perkara.. Ianya akan menimbulkan tekanan kepada individu terbabit.. Kesensitifan mereka mampu membuatkan mereka bertindak di luar dugaan.
* Bercita-cita tinggi –> Cita-cita terlalu menggunung dan sukar untuk dicapai..Contoh, ingin jadi jutawan internet dalam tempoh 1 bulan.. Bukankah ianya sesuatu yang gila dan akan menyebabkan tekanan menggila jika ianya tidak mampu dicapai.. Apatah lagi jika cita-citanya dicanang ke seluruh alam maya percintaan.. Eh tersasul lagi..
* Terlalu teliti ( cerewet) –> terlalu teliti kadangkala menyebabkan kesukaran untuk keputusan dibuat.. Terpaksa memikirkan macam-macam perkara sebelum keputusan dibuat dan sudah pasti tekanan dirasai untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti..
* Pendesak –> orang seperti ini lebih kepada menimbulkan tekanan kepada orang lain namun kadangkala desakan yang berpanjangan akan menyebabkan tekanan kepada diri lebih-lebih lagi desakan tidak berhasil.
* Perisau –> orang yang terlalu risau sudah pastinya tekanan akan wujud dalam minda.. Risau tentang sesuatu yang buruk menyebabkan kesukaran untuk berfikir dan tekanan makin bertambah dalam tubuh badan.
* Kaki gaduh –> memang akan timbulnya tekanan kerana kaki gaduh ini terpaksa memikirkan strategi dan persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan oleh pihak musuh…
* Buruk sangka –> ini banyak berlaku terutamanya dalam komuniti yang besar.. Memang orang yang buruk sangka akan menimbulkan konflik sesama sendiri dan seterusnya tekanan antara mereka akan bertambah..
* Terlalu serius –> keseriusan seseorang itu akan menimbulkan tekanan yang mendalam …
* Selalu tukar tempat kerja –> jika selalu tukar ke sana ke mari sudah pastilah tekanan bertambah,.. Setiap kali ke tempat kerja baru proses pembelajaran baru bermula.. Pastinya pening kepala ek..
* Selalu tukar sistem –> Ini lebih kurang dengan cerita di atas.. Kadangkala perubahan ‘kepala’ menyebabkan sesuatu organisasi akan dirombak .. Cerita lama dibuang dan cerita baru bermula.. Orang lama pastinya kusut kepala untuk mengikut sistem baru..
* Hubungan dengan orang –> hm yang ini biasalah.. Kalau hubungan dengan orang di sekeliling tidak rapat dan berasa curiga sudah pastinya bantuan kurang dan tekanan bertambah.
* Beban kerja berat —> kerja banyak memanglah akan menambahkan lagi beban di dalam otak..
* Banyak dateline –> lebih kuran di atas..
* Bosan –> perkataan bosan sering berlaku jika kerja yang dilakukan tidak mampu menarik minat.. Dan kebosanan terhadap proses kerja yang tidak berubah juga sebagai faktor utama tekanan di tempat kerja.
* Tempat kerja –> kadangkala kita terpaksa berhadapan dengan politik di tempat kerja.. Hipokrasi, kipas mengipas yang berlaku di tempat kerja memang memberi tekanan.. Sakit kan ..
* Rumah –> masalah di rumah dengan keluarga merupakan masalah yang amat meruncing masa kini.. Tekanan kadang-kadang dilepaskan pada tempat yang tidak sepatutnya.. Sebab itu berlaku kes pembunuhan dan penderaan terhadap keluarga.. Masyaallah.. Harap dijauhkan..
* Konflik –> Ini berlaku di mana-mana sahaja samada di tempat kerja, rumah, kejiranan, organisasi dan sebagainya.. Tanpa ditangani dengan baik ianya menimbulkan tekanan yang cukup hebat di antara satu sama lain.
* Hati kotor –> ianya bukan bermakna hati anda telah dipenuhi sampah sarap atau bahan-bahan buangan namun lebih kepada hati.. Sejauh mana kita tidak berburuk sangka, tiada phd dan berbagai perkara negatif yang bersarang dalam hati.. Macam mana nak bersihkan?? Sentiasa ingat padaNya..
* Engkar Perintah Tuhan –> Sudah pastinya engkar perintah Tuhan akan menyebabkan jiwa kita hilang.. Tekanan tidak dapat dikawal dan menghilangkan tekanan dengan melakukan perkara dilarang..
* Percaya pada karut –> Ianya sudah pasti berlaku ..Akibat percaya pada sesuatu yang karut tidak melakukan perkara yang boleh memberikan kebaikan kepada kita.. Ini perlu dielakkan kerana ianya boleh menghilangkan ‘roh’ kejayaan dalam diri..
Ini sedikit sebanyak meningkatkan lagi tahap stress.. Penemuan punca ini menarik untuk diperhatikan.. Adakah ada punca-punca di atas yang menyebabkan anda mengalami stress atau mungkin ada yang tertinggal..
Mungkin anda boleh kongsikan bersama bagi kita mencari punca utama berlakunya stress...
king casino slot machine game online casino no deposit bonus
BalasPadamplay king casino slot machine game online casino no deposit 제왕 카지노 bonus 바카라 codes free spins,casino games,big time jackpots and 1xbet much more.