Jumaat, 13 Februari 2015

STRESS DAN CARA MENGATASINYA MENURUT PANDANGAN ISLAM


1. DEFINISI
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. 
Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah  dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.

1.1 Stress Menurut Pandangan Pandangan Islam 
Punca   stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya  berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu  dan akal.
• Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ) ketuhanan ( rabbaniah ) dan kerohanian ( ruhaniah)
2. STRESS ITU UJIAN ALLAH S.W.T

doaedit
            Berdoa boleh mententeramkan jiwa
Surah Al-Baqarah(2):155Firman Allah yang bermaksud:  
“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
Hadis…….
“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin )

2.1  PERUBAHAN FIZIKAL
* Sakit
* Terlalu kurus / gemuk
* Hilang keceriaan diri
* Lesu / letih
* Terlalu / tidak langsung berhias
* Agresif
* Suka mengelamun
* Sering lupa
* Mengasingkan diri

2.2 PERUBAHAN SIKAP
? Mudah marah
? Mudah bosan
? Tidak mampu menguruskan diri / kerja
? Suka Mengalihkan kemarahan 
? Sentiasa berpandangan negatif
? Hilang pertimbangan / separa sedar

2.3  PERUBAHAN EMOSI
? Terlalu cemburu
? Penyedih dan sensitif
? Terlalu gembira / riang
? Ego dan mementingkan diri
? Kemurungan
? Kerisauan / kebimbangan
3. KESAN TEKANAN 
3.1  POSITIF
? Sumber motivasi diri
? Perubahan positif
? Kecemerlangan diri
? Kuat berusaha
? Persaingan diri
? Optimis
? Keyakinan diri

3.2  NEGATIF
? Prestasi menurun
? Resah gelisah
? Hilang kesabaran diri
? Rasa bersalah
? Rendah diri
? Pesimis dan sensitif
? Hilang pertimbangan diri
4. TEKNIK MENGURUS TEKANAN
? Muhasabah diri / koreksi diri
? Mengenali punca-punca tekanan:
 -  Kurang Kemahiran
 -  Kurang Ilmu
 -  Kurang Komunikasi
 -  Hubungan dengan orang atasan dan bawahan
 -  Pengurusan Masa tidak cekap
 -  Masalah keluarga/kewangan dll 
? Ambil tindakan tertentu:
 -  Menghadiri kursus
 -  Dapatkan bantuan pakar
? -  Meningkatkan ilmu/kemahiran komunikasi dll

5.  FAKTOR –FAKTOR STRESS

5.1  FAKTOR DALAMAN

? Keinginan melakukan yang terbaik
? Terlalu ideal
? Tiada keyakinan diri
? Putus asa / rendah diri
? Kurang pengetahuan agama
? Terlalu menjaga kepentingan orang lain
? Desakan untuk mendapat pujian / penghargaan
? Kaki kerja (workholic)
? Gagal menguruskan masa
5.2  FAKTOR LUARAN

? Ketua / majikan ( arahan tidak jelas & tidak sekata)
? Konflik Pasangan hidup  (suami / isteri)
? Konflik keluarga (anak bermasalah, penceraian ibubapa, dll)
? Pengaruh dan masalah dengan Rakan / sahabat / jiran
? Perubahan kerja yang terlalu kerap
? Penempatan yang terlalu lama di suatu tempat kerja
? Persekitaran dan kurang kemudahan/prasarana
? Tidak mendapat penghargaan
      5.3 FAKTOR ISU SEMASA
? Kegawatan ekonomi dunia  
? Malapetaka / musibah
? Jatuh sakit
? Perubahan politik
? Kehilangan orang yang disayangi / tempat bergantung
? Perubahan status / kedudukan
? Gagal dalam memenuhi kehendak jabatan
? Perpisahan dan perceraian
6. TINDAKAN PEMULIHAN TEKANAN
? Ubah rutin hidup
? Latih diri dengan situasi baru
? Bertenang, sabar, kawal, abaikan
? Latih berfikir secara positif dan berusaha membuat perubahan positif
? Redha dan menerima situasi
? Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat (kawan,ibubapa, suami isteri)
? Rehat, bercuti atau pindah
? Bersenam
? Sedar tahap keupayaan diri
? Seimbangkan aktiviti kehidupan
? Membuat perancangan yang teratur
? Pertingkatkan kemahiran / pengetahuan dalam pelbagai bidang
? Pertingkatkan ibadah / taqarrub kepada Allah
? Elakkan perkara yang dilarang agama / mendatangkan kemudaratan kepada diri
? Dapatkan nasihat pakar
7.  PENAWAR ROHANI
? SOLAT
  a. Hajat
  b. Taubat
 
 Firman Allah yang bermaksud: “ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang”. ( Al-Baqarah (2):153)
? DOA 
 -  Doa mengelakkan lapan perkara:
  1.  Rasa sedih
  2.  Dukacita
  3.  Malas
  4.  Lemah
  5.  Penakut
  6.  Bakhil
  7.  Bebanan hutang
  8.  Gangguan Manusia
? ZIKIR
 -  Sebutlah nama Allah, Insyaallah hati kamu akan tenang.
? BACA AL-QURAN
 -  Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit
8. Apakah kesan buruk gejala stress?
Kesepian dan menyendiri merupakan simptom susulan akibat stress. Jika tidak diatasi, kesan buruk yang lebih serius boleh berlaku seperti tekanan perasaan dan bunuh diri. Jadi, atasi stress segera dengan bertenang & berfikiran positif untuk kehidupan yang lebih sihat.

9.  KESIMPULAN
Setiap manusia tidak terlepas dari ujian hidup.  Yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat tabah dan redha menghadapi segala ujianNya.



Assalamualaikum kepada rakan-rakan pembaca semua…

Adakah anda stress? Stress memang sentiasa berlaku dalam hidup kita. Cuma sejauh mana kita mengawal stress itu yang akan memberikan kita kekuatan
dalam menghadapi hidup.Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan tentang stress melalui kursus yang pernah dihadiri pada beberapta tahun yang lalu.

stress
Satu kenyataan yang mungkin amat mengejutkan.. Bayangkan bahawa terdapat risiko yang besar bagi kita untuk mengalami ketidakstabilan mental.. Ianya patut diambil berat bagi mengelakkan masalah mental menyebabkan produktiviti menurun dan mampu memberi impak yang besar kepada pembangunan negara.. Chewah cam wakil rakyat le pulak…
Memang banyak perkara berkaitan dengan stress yang dibincangkan dalam kursus tersebut tetapi untuk entri kali ini saya cuma akan berkongsi tentang punca-punca yang sering menyebabkan stress.. Antara punca-puncanya ialah :-
i ) Sifat Semulajadi
ii) Tempat kerja
iii) Hubungan Kemanusiaan
iv) Punca Dalaman

Kalau diperhatikan tentang punca-punca berlakunya stress memang banyak perkara yang berkait rapat.. Saya sendiri bersetuju dengan punca-punca tersebut kerana ada beberapa punca yang dinyatakan wujud dalam diri..

Punca Stress : Tekanan yang sentiasa membelengu kita

Sebagai mukadimahnya, satu kenyataan yang diberikan oleh seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang psikiatri.
( Prof Azhar Md Zain, Malaysian Psychioatric Association)
* Terlalu sensitif –> mereka yang terlalu sensitif akan mudah terasa kepada sesuatu perkara.. Ianya akan menimbulkan tekanan kepada individu terbabit.. Kesensitifan mereka mampu membuatkan mereka bertindak di luar dugaan.
* Bercita-cita tinggi –> Cita-cita terlalu menggunung dan sukar untuk dicapai..Contoh, ingin jadi jutawan internet dalam tempoh 1 bulan.. Bukankah ianya sesuatu yang gila dan akan menyebabkan tekanan menggila jika ianya tidak mampu dicapai.. Apatah lagi jika cita-citanya dicanang ke seluruh alam maya percintaan.. Eh tersasul lagi..
* Terlalu teliti ( cerewet) –> terlalu teliti kadangkala menyebabkan kesukaran untuk keputusan dibuat.. Terpaksa memikirkan macam-macam perkara sebelum keputusan dibuat dan sudah pasti tekanan dirasai untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti..
* Pendesak –> orang seperti ini lebih kepada menimbulkan tekanan kepada orang lain namun kadangkala desakan yang berpanjangan akan menyebabkan tekanan kepada diri lebih-lebih lagi desakan tidak berhasil.
* Perisau –> orang yang terlalu risau sudah pastinya tekanan akan wujud dalam minda.. Risau tentang sesuatu yang buruk menyebabkan kesukaran untuk berfikir dan tekanan makin bertambah dalam tubuh badan.
* Kaki gaduh –> memang akan timbulnya tekanan kerana kaki gaduh ini terpaksa memikirkan strategi dan persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan oleh pihak musuh…
* Buruk sangka –> ini banyak berlaku terutamanya dalam komuniti yang besar.. Memang orang yang buruk sangka akan menimbulkan konflik sesama sendiri dan seterusnya tekanan antara mereka akan bertambah..
* Terlalu serius –> keseriusan seseorang itu akan menimbulkan tekanan yang mendalam …
* Selalu tukar tempat kerja –> jika selalu tukar ke sana ke mari sudah pastilah tekanan bertambah,.. Setiap kali ke tempat kerja baru proses pembelajaran baru bermula.. Pastinya pening kepala ek..
* Selalu tukar sistem –> Ini lebih kurang dengan cerita di atas.. Kadangkala perubahan ‘kepala’ menyebabkan sesuatu organisasi akan dirombak .. Cerita lama dibuang dan cerita baru bermula.. Orang lama pastinya kusut kepala untuk mengikut sistem baru..
* Hubungan dengan orang –> hm yang ini biasalah.. Kalau hubungan dengan orang di sekeliling tidak rapat dan berasa curiga sudah pastinya bantuan kurang dan tekanan bertambah.
* Beban kerja berat —> kerja banyak memanglah akan menambahkan lagi beban di dalam otak..
* Banyak dateline –> lebih kuran di atas..
* Bosan –> perkataan bosan sering berlaku jika kerja yang dilakukan tidak mampu menarik minat.. Dan kebosanan terhadap proses kerja yang tidak berubah juga sebagai faktor utama tekanan di tempat kerja.
* Tempat kerja –> kadangkala kita terpaksa berhadapan dengan politik di tempat kerja.. Hipokrasi, kipas mengipas yang berlaku di tempat kerja memang memberi tekanan.. Sakit kan ..
* Rumah –> masalah di rumah dengan keluarga merupakan masalah yang amat meruncing masa kini.. Tekanan kadang-kadang dilepaskan pada tempat yang tidak sepatutnya.. Sebab itu berlaku kes pembunuhan dan penderaan terhadap keluarga.. Masyaallah.. Harap dijauhkan..
* Konflik –> Ini berlaku di mana-mana sahaja samada di tempat kerja, rumah, kejiranan, organisasi dan sebagainya.. Tanpa ditangani dengan baik ianya menimbulkan tekanan yang cukup hebat di antara satu sama lain.
* Hati kotor –> ianya bukan bermakna hati anda telah dipenuhi sampah sarap atau bahan-bahan buangan namun lebih kepada hati.. Sejauh mana kita tidak berburuk sangka, tiada phd dan berbagai perkara negatif yang bersarang dalam hati.. Macam mana nak bersihkan?? Sentiasa ingat padaNya..
* Engkar Perintah Tuhan –> Sudah pastinya engkar perintah Tuhan akan menyebabkan jiwa kita hilang.. Tekanan tidak dapat dikawal dan menghilangkan tekanan dengan melakukan perkara dilarang..
* Percaya pada karut –> Ianya sudah pasti berlaku ..Akibat percaya pada sesuatu yang karut tidak melakukan perkara yang boleh memberikan kebaikan kepada kita.. Ini perlu dielakkan kerana ianya boleh menghilangkan ‘roh’ kejayaan dalam diri..
Ini sedikit sebanyak meningkatkan lagi tahap stress.. Penemuan punca ini menarik untuk diperhatikan.. Adakah ada punca-punca di atas yang menyebabkan anda mengalami stress atau mungkin ada yang tertinggal..
Mungkin anda boleh kongsikan bersama bagi kita mencari punca utama berlakunya stress...